:: SELAMAT DATANG ::

Anda berada di 'blog' yang betul sekiranya anda sedang mencari novel-novel terpakai untuk dijadikan koleksi peribadi atau hadiah kepada si dia.

Teruskan.....

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan novel di sini, anda boleh kemukakan pesanan anda melalui:

Emel : sept2hree@gmail.com

SMS : 019 - 9000 194

Setelah menerima pengesahan, bayaran boleh dibuat dengan menDEPOSITKAN RM ke akaun CIMB atau MAYBANK (no akaun akan diberitahu kelak...)

Novel akan dipos keesokan harinya setelah menerima bayaran.

Harus diingat bahawa harga yang dinyatakan TIDAK termasuk kos penghantaran.

Kos penghantaran bergantung kepada bilangan buku dan berat, berbeza bagi Semenanjung dan Sabah/Sarawak

Semenanjung: minimum RM 6.00 (bertambah mengikut berat buku)

Sabah/Sarawak: minimum RM 9.00 (bertambah mengikut berat buku)

**Buku yang dah dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar.

Friday, November 16, 2012

GADISKU, WAN ADNIN ~ NOOR SURAYA

TAJUK: GADISKU, WAN ADNIN
PENULIS: NOOR SURAYA
PENERBIT: JS
HARGA: RM 12.00
SINOPSIS:
Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehingga hadirnya Ahmad Akhtar...

Monday, October 1, 2012

aA + bB - HLOVATE

TAJUK: aA + bB
PENULIS: HLOVATE
PENERBIT: JS PUBLISHING
HARGA : RM 18.00
STATUS: AVAILABLE
KONDISI: BARU
SINOPSIS:

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.

Inilah.. sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.

b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dgn jurutera, yang bukan pilihannya?

Apa yang terjadi kala sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?~Benz
Kepada yang ingin mencari kesantaian, jangan lepaskan novel ni.
Satu terapi yang baik kepada pembaca =)

CINTA UNTUKMU - SITI NUR DHUHA

TAJUK: CINTA UNTUKMU
PENULIS: SITI NUR DHUHA
PENERBIT: BUKU PRIMA
KONDISI: BARU
HARGA: RM 21.00
SINOPSIS:

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

PELANGI - SYUD, HLOVATE, NOOR SURAYA

~PELANGI
~SYUD, HLOVATE, NOOR SURAYA
~JS PUBLISHING
~RM 20.00
~BARU
 
Sinopsis:
Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...

ISTERI SEPARUH MASA - SURI RYANA


~ ISTERI SEPARUH MASA
~ SURI RYANA
~ KAKI NOVEL
~ TERPAKAI
~ RM 14.00
 
Sinopsis:
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
 
Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

BINI AKU TOMBOY KE? - ARISA ERIZA


~ BINI AKU TOMBOY KE?
~ ARISA ERIZA
~ KAKI NOVEL
~ TERPAKAI
~ RM 12.00
 
Sinopsis:
Siapakah akhirnya pilihan Zack? Sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalah seorang lelaki? Adakah Azim akan 'bersara' daripada menjadi kasanova?
 

MY LOVE PLAYGIRL - SITI NUR DHUHA


~ MY LOVE PLAYGIRL
~ SITI NUR DHUHA
~ BUKU PRIMA
~ TERPAKAI
~ RM 15.00
 
Sinopsis:
Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri laila. 
Bagaimana kisah hidup mereka?

INTAN DELAILA - SITI ROZILAH


~ INTAN DELAILA
~ SITI ROZILAH
~ KAKI NOVEL
~ TERPAKAI
~ RM 10.00
 
Sinopsis:
Aku memohon padamu duhai teman, biarkanlah aku sendiri. Biarlah aku susuri sisa-sisa hidup ini dengan secebis ketenangan. Adakah terlalu sukar untuk kau mengerti?

KERANA TERPAKSA - ILHAM KALSOM


~ KERANA TERPAKSA
~ ILHAM KALSOM
~ BUKU PRIMA
~ TERPAKAI
~ RM 12.00

Sinopsis:
Suria Mohd Hashim asalnya seorang anak yang nakal tetapi cerdas akal. Jodoh yang hakiki menemukan Suria dengan Tengku Haizal, tetapi cinta mereka sakit, cinta mereka payah sekali. Lantas Suria menjadi pelarian cinta yang tegar. Merentas dunia atas nama ilmu, Suria berkelana merentas benua, lari dari cinta hingga akhirnya pulang ke tanah air. Tetapi cinta Suria tetap kelat. Persis berpatah arang berkerat rotan. Hidup Suria terus berkelana, semakin jauh dia lari dia bertekad untuk tidak akan sekali-kali dekat lagi dengan cinta. Antara persoalan-persoalan yang mampir di minda Suria setiap hari: Aku ni lari dari cinta atau dari bayang-bayang sendiri?

GULAI PISANG IKAN MASIN - SZALIES


~ GULAI PISANG IKAN MASIN
~ SZALIES
~ JS
~ TERPAKAI
~ RM 12.00

Sinopsis:
Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?

Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

SEPATU MILIK KASANOVA - ZARA AMANI

~ SEPATU MILIK KASANOVA
~ ZARA AMANI
~ BUKU PRIMA
~ TERPAKAI
~ RM 14.00
 
Sinopsis:
Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat merekacipta sepatu. Ketika menghadiri 'masquerade party', dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, semua itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?
 

KAU YANG KU SAYANG - KAMARIAH KAMARUDDIN

~ KAU YANG KU SAYANG
~ KAMARIAH KAMARUDDIN
~ CESB
~ TERPAKAI
~ RM 11.00

Sinopsis:
Bertahun lamanya impian ini aku semai.. aku jaga dan aku baja dengan kesetiaan yang bukan sedikit. Kau di sana menyepi... aku di sini lelah menghitung hari. Dan kesibukanmu menjadikan kasih sayang kita berkurang.. lalu perlahan-lahan, di dalam diam.. aku lepaskan tali janji yang membelit hati. Aku perempuan, seringnya tidak diberi pilihan di dalam membuat keputusan. Namun sering kuyakini.. abah dan umi inginkan yang terbaik buat puteri yang disayangi.. Lalu bila kau menuntut setia, aku tidak mampu menunaikannya. Kerana kesetiaan itu telah jauh-jauh aku tanam. Menggalinya.. aku bimbang ada hati yang terluka.

Monday, May 14, 2012

BERITA DARI HATI ~ NURASSYI RASHID


TAJUK: BERITA DARI HATI
PENULIS: NURASSYI RASHID
PENERBIT: ALAF21
KONDISI: TERPAKAI
HARGA: RM 10.00

SINOPSIS:
Zaqyah hampitr mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat ipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan yang dijanjikan.

Tuesday, February 7, 2012

STANZA CINTA ~ NURULL HALAWATI


TAJUK: STANZA CINTA
PENULIS: NURULL HALAWATI
PENERBIT: GALERI ILMU
KONDISI: TERPAKAI
HARGA: RM 12.00
SINOPSIS:

Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang perlu dia bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?
Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan perg sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?